
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Sabah terus melaporkan kes harian tertinggi dengan 546 kes, diikuti Selangor dengan 88 kes.
Memperincikan kes harian, Hisham berkata, selain Sabah dan Selangor, Labuan melaporkan 29 kes diikuti Kedah (28), Sarawak (27), Negeri Sembilan (24), Pulau Pinang (19), Kuala Lumpur (13), Terengganu (11), Johor (8), dan Perak (6).
Bagi kes import, beliau berkata terdapat 2 kes membabitkan 1 warganegara dan 1 bukan warganegara yang tiba dari Iran dan Arab Saudi.
Setakat hari ini, sebanyak 573 kes pulih menjadikan jumlah kumulatif 19,072 kes sementara 10,123 kes sedang dirawat.
“Sehingga kini, terdapat 94 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), di mana 25 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 8 kes kematian membabitkan pesakit dari 7 di Sabah dan 1 di Selangor menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 sebanyak 246 kes,” katanya.
Setakat hari ini, Malaysia melaporkan 29,441 kes Covid-19.