Angka pesakit sembuh tertinggi setakat ini

Angka pesakit sembuh tertinggi setakat ini

Sebanyak 409 mangsa jangkitan Covid-19 dilaporkan sembuh hari ini.

PETALING JAYA:
Sebanyak 409 mangsa jangkitan Covid-19 dilaporkan sembuh hari ini, angka tertinggi pernah dilaporkan setakat ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketika ini, sebanyak 5,945 orang sedang dirawat di hospital, dengan 103 kes di unit rawatan rapi dan daripada jumlah itu, 31 memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut Hisham, Kedah melaporkan jumlah pesakit sembuh tertinggi iaitu 226 kes, diikuti Sabah (111), dan Selangor (50).

Terengganu melaporkan 8 kes sembuh, diikuti Johor (7), Negeri Sembilan (6), dan Pahang (1).

Namun, dukacita dimaklumkan terdapat 3 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini, melibatkan wanita berusia 54 tahun dan 100 tahun, dan seorang lelaki 68 tahun.

Semua kes kematian itu dilaporkan di Sabah.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan turut melaporkan 589 kes baharu setakat 12 tengah hari tadi, dengan 586 kes penularan tempatan.

Sabah melaporkan jumlah kes tertinggi dengan 304 kes, diikuti Selangor (150), dan Pulau Pinang (91).

Kuala Lumpur melaporkan 9 kes manakala Putrajaya 1 kes.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.