
Beliau berkata, statistik tahun lalu menunjukkan individu berusia lingkungan 19 hingga 39 tahun berada pada kelompok tertinggi iaitu sebanyak 116,245 daripada keseluruhan 192,857 penagih ditahan.
“Jumlah itu meningkat daripada 90,520 penagih yang direkodkan pada 2023 membabitkan keseluruhan 145,526 individu.
“Di Terengganu, 56% atau 6,800 penagih adalah golongan itu daripada sejumlah 12,004 penagih yang direkodkan setakat tahun lepas,” katanya menurut Bernama selepas menghadiri Majlis Perasmian Program Sua Mesra Ketua Pengarah AADK di Dewan Terbuka Gong Kemuntong, Jertih.
Beliau berkata, sebahagian mereka terlibat pengambilan dadah sintetik seperti pil yaba atau terkenal sebagai pil kuda.
“Ibu bapa dan pihak sekolah perlu memainkan peranan dalam membendung gejala ini sebelum ia terus merosakkan kehidupan anak-anak kita.
“Saya percaya jika semua pihak memainkan peranan masing-masing, penglibatan belia dalam penyalahgunaan dadah akan dapat dikurangkan,” katanya.