
ARAU: PAS menyasarkan menang sekurang-kurangnya 40 daripada lebih 60 kerusi Parlimen akan ditandingi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Presidennya Abdul Hadi Awang.
“Kita bekerja keras untuk menang 40 kerusi dan kalau boleh ingin menang lebih lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bilik Gerakan Utama Perikatan Nasional (PN) Arau, malam tadi.