
SIK: Pengarah Pilihan Raya PN Sanusi Nor meramalkan beberapa tokoh besar PH dan BN tumbang pada PRN enam negeri.
Beliau membuat jangkaan tersebut mengambil kira “gelombang” kepada gabungan itu sepanjang kempen.
“Seluruh negeri-negeri PRN saya nampak gelombang PN besar akan ada tokoh-tokoh besar PH-BN akan tumbang, beberapa calon ‘underdog’ dalam PN akan menang, kita tunggu malam nanti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai mengundi di SK Beris Jaya dalam DUN Jeneri.