Reformasi ‘dah mati’, kata Wan Fayhsal

Reformasi ‘dah mati’, kata Wan Fayhsal

Ketua Pemuda Bersatu itu berkata, reformasi tidak mungkin berlaku apabila TPM sendiri dibicarakan atas tuduhan rasuah.

GOMBAK:
Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal melaungkan berakhirnya “Reformasi”, slogan yang pertama kali digunakan oleh penyokong Anwar Ibrahim dan diterima pakai oleh penyokong PH bagi menuntut pembaharuan.

Sebaliknya, Wan Ahmad Fayhsal mengetuai penyokong PH melaungkan “Referendum”, mencerminkan pandangan bahawa PRN di enam negeri esok turut akan menjadi undi terhadap kerajaan perpaduan pimpinan Anwar.

“Sejak 10 bulan lepas, mereka (PH) laung ‘reformasi’. (Tetapi) percaya lah, reformasi sudah mati. Macam mana nak hidup (reformasi) kalau orang nombor 2 ada 47 kes mahkamah?” katanya, merujuk kepada tuduhan dihadapi Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi.

LAPORAN PENUH

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.