Pertimbang Jalaluddin jadi MB Negeri Sembilan, kata Khairy

Pertimbang Jalaluddin jadi MB Negeri Sembilan, kata Khairy

Bekas Ahli Parlimen Rembau percaya PH-BN perlu mempertimbangkan untuk menggantikan Aminuddin jika Umno menang besar di negeri itu.

PETALING JAYA:
Pengerusi Umno Negeri Sembilan Jalaluddin Alias harus dipertimbangkan untuk menteri besar Negeri Sembilan jika parti itu mengatasi sekutu Pakatan Harapan (PH) dalam PRN, kata bekas Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin kepada Malaysia Gazette.

Khairy membuang undi di SMA Haji Mohd Yatim, Gadong, Rembau, pagi tadi manakala Jalaluddin bertanding di Pertang dalam persaingan dengan Amiruddin Hassan dari Perikatan Nasional (PN).

Jalaluddin juga merupakan Ahli Parlimen Jelebu, selepas memenangi kerusi itu dengan majoriti 8,125 undi pada November.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.