
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan berlaku insiden “kasar” anggota terhadap seorang penyokong parti di sebuah IPD Pantai Timur seperti tular di media sosial, sejak awal pagi tadi.
Bagaimanapun, katanya, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian tersebut.
“Video itu hanya ada bahagian tertentu sahaja. Mungkin ada provokasi dan sebagainya yang berlaku sebelum bahagian itu,” katanya pada sidang media selepas meninjau pusat mengundi SK Klang Gate.