
PETALING JAYA: Merdeka Center meramalkan peratusan keluar mengundi pada PRN esok akan lebih rendah berbanding pada PRU15 November lepas.
Pengasas bersama dan pengarah programnya, Ibrahim Suffian, berkata tidak seperti PRU15, segelintir pengundi mungkin tidak akan berusaha pulang ke kampung halaman untuk mengundi pada PRN kerana menganggap undi mereka tidak mengubah apa-apa, lapor China Press.
Pengerusi Institut Darul Ehsan Redzuan Othman berkata, tinjauan pihaknya pada hari penamaan calon mendedahkan rakyat kurang teruja dengan PRN berbanding PRU15.