SPR nafi tangkap pelancong China bakal pengundi hantu

SPR nafi tangkap pelancong China bakal pengundi hantu

SPR menegaskan bahawa dakwaan tular tersebut palsu, menerusi kenyataan yang disebarkan KKD.

PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan tular bahawa pihaknya telah menangkap salah seorang daripada 1.2 juta pelancong China yang dikatakan akan menjadi pengundi hantu pada PRN Sabtu ini.

“SPR menegaskan bahawa dakwaan tersebut palsu dan orang ramai disaran agar tidak mudah terpedaya dan menyebarkan sebarang maklumat yang tidak pasti kesahihannya,” katanya dalam kenyataan menerusi Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).

Terdahulu tular menerusi aplikasi mesej dakwaan bahawa pelancong China yang ditangkap itu antara 1.2 juta yang “hilang” daripada sistem imigresen dan kastam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.