Saya minta Saudi Aramco labur di Kemaman, kata Anwar

Saya minta Saudi Aramco labur di Kemaman, kata Anwar

Perdana menteri berkata, Pengerusi Aramco, Yasir O Al-Rumayyan memaklumkan mereka mahu menjadikan Johor sebagai pusat gerakan di Asia Tenggara.

MARANG:
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim meminta syarikat minyak dan gas terbesar di dunia, Saudi Aramco melabur di Kemaman, Terengganu.

Beliau berkata, Pengerusi Aramco, Yasir O Al-Rumayyan sebelum ini memaklumkannya syarikat itu mahu menjadikan Johor sebagai pusat gerakan mereka di rantau Asia Tenggara.

“Tetapi, saya kata tidak apa dan saya suruh pergi ke Kemaman,” katanya semasa berucap dalam Ceramah Mega Jelajah Perpaduan Madani Terengganu di Wakaf Tapai malam tadi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.