
PADANG TERAP: Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor berkata, beliau memaafkan semua pihak yang melemparkan cacian terhadapnya sepanjang kempen PRN.
Katanya, beliau tidak pernah mengambil hati dengan segala cacian terhadapnya kerana menganggapnya adat dalam persaingan pilihan raya.
“Saya maafkan semua caci maki itu kerana saya faham itu adat dalam persaingan pilihan raya. Saya tak simpan dalam hati, saya harap (mereka yang mencaci saya) undi PN,” katanya pada ceramah sembang santai di Pedu hari ini.