Kenyataan ‘gali sendiri telaga’ membimbangkan, tak bertanggungjawab, Nik Nazmi bidas Amar

Kenyataan ‘gali sendiri telaga’ membimbangkan, tak bertanggungjawab, Nik Nazmi bidas Amar

Nik Nazmi Nik Ahmad mengingatkan pembinaan telaga harus mematuhi garis panduan pihak berkuasa kerana risiko kandungan logam tinggi boleh membahayakan kesihatan.

PETALING JAYA:
Putrajaya membidas kenyataan Timbalan Menteri Besar Mohd Amar Nik Abdullah bahawa “penduduk Kelantan boleh menggali sendiri telaga” yang disifatkan membimbangkan dalam menyelesaikan isu air di negeri itu.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad mengingatkan pembinaan telaga bagi pengambilan air bawah tanah harus mematuhi undang-undang dan garis panduan pihak berkuasa kerana risiko kandungan logam tinggi boleh membahayakan kesihatan.

“Kenyataan Nik Amar membayangkan kerajaan PAS lebih rela membiarkan rakyat menanggung beban kewangan menggali air bawah tanah yang akan membahayakan kesihatan sendiri tidak patut dibuat seorang wakil pegawai tinggi kerajaan dan berpendidikan dalam agama,” katanya dalam kenyataan.

LAPORAN PENUH

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.