Bukan Melayu penentu di 4 negeri, menurut kajian

Bukan Melayu penentu di 4 negeri, menurut kajian

Kaji selidik Ilham Centre berkata undi mereka dijangka menjadi 'kingmaker' di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan selatan Kedah.

PETALING JAYA:
Kaji selidik Ilham Centre mendapati keputusan menjelang PRN Sabtu ini sangat kuat dipengaruhi undi daripada bukan Melayu, terutama di empat daripada enam negeri.

“Menjangkakan undi Melayu akan terpecah, walaupun keterpecahan itu tidak serius disebabkan saingan dua penjuru (PH-BN dengan PN) berbanding tiga penjuru seperti mana PRU15.

“…undi kelompok bukan Melayu mampu menjadi penentu (kingmaker) di Selangor, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang serta kerusi bercampur di selatan Kedah,” kata dapatan itu.

LAPORAN PENUH

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.