PAS Kelantan janji naik taraf lapangan terbang, Rafizi jawab itu bidang kuasa pusat

PAS Kelantan janji naik taraf lapangan terbang, Rafizi jawab itu bidang kuasa pusat

Timbalan presiden PKR bidas janji PAS negeri itu mahu menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kerana tidak berpijak di bumi nyata.

KLANG Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata tawaran PAS Kelantan menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa jika PN kekal mentadbir negeri itu selepas PRN Sabtu ini adalah sesuatu yang tidak berpijak di bumi nyata.

Beliau berkata, urusan naik taraf sesebuah lapangan terbang adalah di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan, bukan sesuatu yang boleh dijanjikan begitu sahaja oleh sesebuah parti atau kerajaan negeri.

“Kita kena faham soal nak membuka (lapangan terbang), nak bagi hak pendaratan, nak naik taraf jadi lapangan antarabangsa atau serantau, itu semua di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan,” katanya semasa ceramah Jelajah Madani DUN Sementa malam ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.