Chow cabar Hadi, Hamzah jelas bagaimana kerajaan akan tumbang

Chow cabar Hadi, Hamzah jelas bagaimana kerajaan akan tumbang

Ketua PH Pulau Pinang itu berkata, kerajaan perpaduan tidak akan tumbang, walaupun PN menang besar pada PRN.

PERMATANG PAUH:
Ketua PH Pulau Pinang Chow Kon Yeow menggesa Presiden PAS Hadi Awang dan Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin untuk menjelaskan bagaimana kerajaan perpaduan akan tumbang jika PN menang besar pada PRN 12 Ogos.

“Ini (kerajaan tumbang) tidak akan berlaku,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Agro Madani di Kampung Sama Gagah di sini.

Semalam, Hamzah berkata, PN akan “mengambil alih” kerajaan persekutuan jika ia menang pada PRN, manakala Hadi dilaporkan hari ini sebagai berkata, beberapa ahli Parlimen kerajaan perpaduan sedang menunggu PN memenangi PRN sebelum menyokongnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.