
HULU KELANG: Ketua PN Selangor Azmin Ali menuduh Anwar Ibrahim mengkhianatinya ketika beliau menjadi timbalan kepada presiden PKR itu.
Azmin berkata, beliau “menjaga” Anwar ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri, juga ketika beliau dipenjara.
“Apabila keluar penjara, beliau tikam saya. Siapa sebenarnya pengkhianat?” kata Azmin ketika ceramah, merujuk kepada kritikan terhadap dirinya kerana terbabit dengan Langkah Sheraton pada 2020, yang mencetuskan kejatuhan kerajaan ketika itu.