Sanusi dinasihat tak hadir ceramah atas faktor ‘keselamatan’

Sanusi dinasihat tak hadir ceramah atas faktor ‘keselamatan’

Ahli Parlimen Alor Setar Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata arahan itu dibuat pucuk pimpinan PAS pusat.

MERBOK:
Menteri Besar Kedah Sanusi Nor tidak muncul di pentas Ceramah Mega Perikatan Nasional Bersama MB Kedah di Taman Ria, Sungai Petani malam tadi susulan nasihat pimpinan pusat berkait faktor “keselamatan”.

Ahli Parlimen Alor Setar merangkap timbalan ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden memaklumkan perkara itu di akhir ucapan ceramahnya.

“Saya rasa arahan itu oleh pimpinan di peringkat pusat, sebab pagi tadi berlangsung mesyuarat parti peringkat pusat di Kuala Lumpur, dia ada di Kuala Lumpur mungkin lanjutan itulah dinasihatkan tidak hadir ceramah malam ini,” katanya ketika ditemui pemberita.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.