
PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berkata keputusan PRN di enam negeri pada 12 Ogos ini tidak akan menumbangkan kerajaan persekutuan, sebaliknya ia sebagai isyarat rakyat menolak pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Katanya, PRN di enam negeri akan menjadi pungutan suara oleh rakyat yang tidak bersetuju dengan apa yang sedang berlaku, selepas lebih lapan bulan kerajaan perpaduan diterajui Pakatan Harapan dan Barisan Nasional dibentuk.
“Walaupun ini bukan pilihan raya umum yang bertujuan membentuk kerajaan persekutuan, tetapi 9.7 juta pengundi di enam negeri adalah orang yang sama,” katanya lapor Harian Metro.