Juwairiya diberi akses terus ke PMO jika menang, kata Anwar

Juwairiya diberi akses terus ke PMO jika menang, kata Anwar

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau memindahkan timbalan ketua Wanita PKR ke Hulu Kelang kerana kerusi itu mesti dimenangi Pakatan Harapan.

GOMBAK:
Juwairiya Zulkifli daripada Pakatan Harapan (PH) akan diberikan akses terus untuk berurusan dengan Pejabat Perdana Menteri (PMO) jika beliau memenangi kerusi Hulu Kelang pada PRN Sabtu ini, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Saya tidak mahu janji lebih-lebih ketika musim pilihan raya, jika Juwairiya diberikan mandat saya akan berikan beliau terus ke pejabat Perdana Menteri kerana saya kenang jasa,” kata pengerusi PH itu dalam ceramah di Hulu Kelang malam tadi.

Anwar, yang juga presiden PKR, berkata ini kerana beliau menghargai jasa Juwairiya, terutama selepas timbalan ketua Wanita PKR itu sepatutnya bertanding di kerusi lain.

LAPORAN PENUH

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.