
PADANG TERAP: PH dan BN tidak ketandusan calon untuk diangkat sebagai menteri besar Kedah jika gabungan itu berjaya menyingkirkan PAS sekali gus membentuk kerajaan negeri.
Pengerusi BN Kedah, Mahdzir Khalid, berkata pemilihan calon menteri besar akan ditentukan pucuk pimpinan gabungan itu sebelum mendapatkan perkenan Sultan Kedah.
“Pucuk pimpinan tahu mana-mana calon yang boleh diketengahkan. Beberapa nama calon dihantar untuk mendapat perkenan kerana menteri besar ini akan bekerja bawah naungan Sultan Kedah,” katanya semasa berucap di ceramah di Taman Ria, Sungai Petani.