Anwar hadir ‘Grand Finale’ di Kedah Jumaat ini

Anwar hadir ‘Grand Finale’ di Kedah Jumaat ini

Perdana menteri akan mengakhiri kempen PRN dalam program itu sebagai usaha akhir menambat hati pengundi Kedah menukar kerajaan negeri.

PETALING JAYA:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan menghadiri program “Grand Finale” di Kedah Jumaat ini sebagai ikhtiar terakhir PH-BN menawan pengundi negeri itu sehari sebelum hari pengundian 12 Ogos.

Ketua Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail, berkata persetujuan itu dinyatakan sendiri perdana menteri melalui panggilan telefon dibuatnya, semalam.

“Setakat ini sahih perdana menteri secara fizikal akan berada di Kedah untuk berkempen atas tema ‘Grand Finale’. Kami akan buat di dua bahagian iaitu di Alor Setar dan Sungai Petani,” katanya menurut Utusan Malaysia di Pasar Besar Alor Setar.

LAPORAN PENUH

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.