Tak rancang 12 Ogos cuti umum di Selangor, kata Amirudin

Tak rancang 12 Ogos cuti umum di Selangor, kata Amirudin

Amirudin Shari berkata, tiada keperluan mengisytiharkan 12 Ogos cuti khas di Selangor, melainkan Putrajaya berbuat demikian.

PETALING JAYA:
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata kerajaan negeri tidak bercadang menyenaraikan hari pengundian pada 12 Ogos ini sebagai cuti umum khas.

Beliau memberitahu media semalam, keputusan itu bagi mengelakkan gangguan tidak perlu kepada sektor swasta dan dipersalahkan demi “memuaskan pengundi”.

Katanya, tarikh pengundian diumumkan sebulan lalu, justeru pengundi mempunyai masa mencukupi untuk memohon cuti, jika perlu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.