Mukhriz perlu lihat gambaran lebih besar, kata Peja

Mukhriz perlu lihat gambaran lebih besar, kata Peja

Timbalan presiden Bersatu itu berkata, tidak memberi sokongan kepada Perikatan Nasional akan menyaksikan pesaing mereka menang PRN.

KUALA LUMPUR:
Seorang pemimpin Bersatu berkata, Mukhriz Mahathir perlu melihat “gambaran lebih besar” selepas presiden Pejuang itu bingung dengan permintaan gabungan pembangkang terbabit untuk berkempen bagi Perikatan Nasional (PN) dalam PRN enam negeri.

Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu berkata, Mukhriz perlu faham tidak memberi sokongan kepada PN akan menyaksikan pesaing mereka, Pakatan Harapan dan Barisan Nasional, menang.

“Jika itu yang dia mahu, terpulanglah. Beliau perlu melihat gambaran lebih besar,” katanya selepas ceramah di sini malam tadi.

LAPORAN PENUH

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.