
GEORGE TOWN: Pengerusi DAP Lim Guan Eng berkata, beliau bertanding pada PRN di Pulau Pinang kali ini kerana sayangkan negeri dan mahu menjadi mentor kepada ahli partinya yang akan jadi pemimpin.
Lim yang bertanding di Air Putih menyasarkan menjadi Adun buat penggal keempat berturut-turut, walaupun sudah menjadi Ahli Parlimen sejak 1986, dan pemimpin terkemuka di peringkat nasional.
“Saya rasa peranan saya lebih kepada mengukuhkan asas kepimpinan, penggantian pemimpin dan peralihan. Bagi setiap pemimpin, sangat penting ada perancangan untuk pengganti. Jika tidak, anda akan gagal,” katanya.