Ceramah PH tampil adik Sanusi batal saat akhir

Ceramah PH tampil adik Sanusi batal saat akhir

Wakil penganjur berkata Saidi Adnan Nor tidak dapat hadir ke program politik itu semalam kerana berstatus penjawat awam.

PETALING JAYA:
Ceramah Pakatan Harapan (PH) Kedah yang sepatutnya menampilkan adik kepada Menteri Besar Kedah Sanusi Nor di Kampung Alor Senibong, Bukit Pinang, dibatalkan pada saat akhir malam tadi.

Saidi Adnan Md Nor dijadualkan hadir bersama calon PH dari PKR di DUN Bukit Pinang, Hadzir Md Zain dalam program ‘Sembang Santai bersama anak muda’ pada 9.30 malam.

Wakil penganjur berkata, Saidi tidak dapat menghadiri program tersebut disebabkan masih terikat dengan tanggungjawab sebagai pensyarah. “Sebagai penjawat awam, dia tidak boleh hadir ke majlis politik,” katanya menurut Sinar Harian.

LAPORAN PENUH

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.