
PETALING JAYA: Selepas seminggu tirai kempen PRN bermula pada 29 Jul lalu, ceramah di Selangor yang menjadi medan pertembungan utama antara Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional dilihat hambar.
Kerusi diatur sukar dipenuhi sehinggalah pimpinan utama tiba dan keadaan itu berbeza dengan kempen PRU15 apabila orang ramai hadir awal untuk duduk berhampiran pentas bagi melihat sendiri ahli politik berceramah.
Beberapa orang yang ditemui mengakui mereka sudah penat “berpolitik”, tiada masa mengikuti ceramah PRN dan masih dalam tempoh awal sebelum kempen dipergiatkan sebelum pengundian 12 Ogos ini.