Anwar bidas manifesto PN ‘100,000 peluang kerja dalam 30 tahun’

Anwar bidas manifesto PN ‘100,000 peluang kerja dalam 30 tahun’

Perdana menteri berkata syarikat besar mengembangkan perniagaan mereka di Malaysia memerlukan puluhan ribu tenaga kerja berkemahiran segera.

GEORGE TOWN:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim membidas ikrar Perikatan Nasional mewujudkan 100,000 peluang pekerjaan di Kedah dalam tempoh 30 tahun, sambil menyatakan rakyat memerlukan pekerjaan sekarang.

Anwar menyindir PN kerana syarikat besar seperti Geely Holding Group, Tesla, Starlink, dan Saudi Aramco mengembangkan perniagaan mereka di Malaysia dan memerlukan puluhan ribu pekerja berkemahiran segera.

“Syarikat besar yang datang ini memerlukan puluhan ribu tenaga (kerja) bukan seperti mana unjuran PN untuk 30 tahun akan datang, tidak. Ini tahun ini dan tahun depan,” katanya dalam ucapan di Persidangan Ekonomi Kebangsaan Malaysia Ke-16 di Universiti Kebangsaan Malaysia du Seberang Jaya.

LAPORAN PENUH

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.