
GEORGE TOWN: Projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI) akan dibatalkan jika PN menang besar dan membentuk kerajaan negeri seterusnya, kata Ketua PN Pulau Pinang Dominic Lau.
“Jika PN diberi mandat selepas PRN, kita akan batalkan projek penambakan. Kita tidak akan benar satu pulau pun dibangunkan,” katanya kepada pemberita di Bayan Lepas.
Presiden Gerakan itu berkata, tumpuan PN sebaliknya adalah membangunkan eko-pelancongan di perkampungan nelayan.