
PETALING JAYA: Pengerusi DAP Lim Guan Eng menyangkal dakwaan bahawa sokongan pengundi Cina di Pulau Pinang mula beralih kepada PN.
“Saya lebih risau kalau peratusan keluar mengundi pengundi Cina jatuh kepada 20%,” katanya, lapor China Press.
Terdahulu, adiknya, Setiausaha DAP Pulau Pinang Lim Hui Ying berkata, tinjauan menunjukkan bahawa parti itu kehilangan 20% sokongan pengundi Cina, dengan mereka sama ada akan menyokong PN, tidak mengundi, atau membuang undi rosak pada PRN.