Tok Mat rehat 3 hari, kena influenza

Tok Mat rehat 3 hari, kena influenza

Calon BN Rantau Mohamad Hasan dinasihat doktor berehat tiga hari.

PETALING JAYA:
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan yang juga calon Rantau diarah berehat tiga hari selepas dijangkiti influenza.

Dalam hantaran video di Instagram, beliau yang mesra dipanggil “Tok Mat” memohon maaf kerana tidak dapat meneruskan aktiviti kempen pada PRN selepas dinasihati doktor bagi mengelak jangkitan.

“Kepada jentera, teruskan gerak kerja di kawasan-kawasan, di PDM (pusat daerah mengundi) yang mana telah saya janji nak pergi. Saya minta maaf banyak-banyak dan saya harap saya dapat berjumpa dengan seberapa ramai pengundi selepas sembuh nanti,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.