Harrison dah lama bersama kita, Bersatu nafi ‘curi’ ahli Umno

Harrison dah lama bersama kita, Bersatu nafi ‘curi’ ahli Umno

Timbalan Presiden Bersatu, Faizal Azumu berkata, Harrison Hassan antara dua bekas pemimpin Umno dicalonkan PN bagi PRN Selangor.

PETALING JAYA:
Timbalan Presiden Bersatu, Faizal Azumu berkata, tidak timbul isu “mencuri” ahli Umno untuk menjadi calon Perikatan Nasional (PN) kerana Harrison Hassan “sudah lama” bersama mereka sebelum PRN.

“Beliau sebenarnya dah lama bersama kita, tapi masih pegang jawatan (timbalan ketua Umno Sungai Buloh),” katanya kepada FMT selepas ceramah di DUN Hulu Kelang malam tadi.

Bekas menteri besar Perak itu berkata, Harrison antara dua bekas pemimpin Umno dicalonkan PN bagi PRN Selangor. Seorang lagi bekas pemimpin itu ialah Nurul Syazwani Noh yang bertanding di DUN Permatang.

LAPORAN PENUH

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.