Calon PH Balakong mahu jadi perantara kerajaan negeri dengan pemain industri

Calon PH Balakong mahu jadi perantara kerajaan negeri dengan pemain industri

Ong Chun Wei daripada DAP mahu memanfaatkan potensi perindustrian kawasan itu.

BALAKONG:
Calon PH di Balakong Ong Chun Wei mahu menjadi orang tengah antara kerajaan Selangor dan pemain industri untuk mempromosikan produk mereka.

Menurutnya, sifat perindustrian kawasan itu menjadikannya berpotensi untuk menyumbang kepada pembangunan kawasan pilihan raya itu, serta negeri.

“Balakong ialah kawasan pilihan raya yang sangat unik kerana satu pertiga daripadanya merupakan kawasan perindustrian. Saya harap kita dapat mewujudkan lebih banyak peluang pendapatan tinggi untuk rakyat menerusi IR 4.0,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.