
PETALING JAYA: Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak akan menyertai sebarang program kempen untuk PRN 12 Ogos ini, kata Pengerusinya, Abang Johari Openg.
Premier Sarawak itu berkata, pemimpin GPS hanya muncul pada hari penamaan calon atas dasar memberi sokongan kepada kerajaan perpaduan.
“Kita tidak ada menghantar jentera (pilihan raya) kita. Saya ada di sana atas tanda kita sokong kerajaan perpaduan,” katanya menurut Utusan Malaysia.