
PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Bachok Nik Abduh Nik Aziz memutuskan berehat daripada politik susulan tidak dinamakan sebagai calon PAS bagi PRN 12 Ogos ini.
Dalam catatan ringkas di Facebook, Nik Abduh mengumumkan beliau akan “berpuasa” daripada politik bagi tempoh yang tidak didedahkan.
Awal hari ini, pemerhati politik Sayuti Omar berkata, Nik Abduh harus segera mengatur hala tujunya termasuk mempertimbangkan menyertai Umno atau PKR selepas dua kali “terlepas” menjadi calon PAS.