Pemuda PAS Terengganu lapor Zahid kepada SPRM

Pemuda PAS Terengganu lapor Zahid kepada SPRM

Laporan susulan laporan timbalan perdana menteri yang dianggap berunsur sogokan.

PETALING JAYA:
Pemuda PAS Terengganu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berhubung ucapan berunsur sogokan, ketika berucap di Dungun, Jumaat lalu.

Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Mohd Harun Esa berkata, pihaknya telah menyerahkan kepada SPRM bukti video tular dan telah ditonton orang ramai, selain respon pemimpin parti politik lain.

“Kita tidak mahu nafi bantuan berkenaan, namun yang menjadi persoalan ianya dibuat selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan berdekatan PRN,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.