
PETALING JAYA: PKR tengah malam tadi menggugurkan Aidi Amin Yazid yang sepatutnya mewakili Pakatan Harapan (PH) di DUN Kota Damansara pada PRN, beberapa jam sebelum penamaan calon pagi ini.
Naib Presidennya Amirudin Shari berkata Aidi digantikan dengan ketua Pemuda PKR Selangor Muhammad Izuan Ahmad Kasim yang dipilih selepas melalui beberapa proses dan perbincangan.
Katanya, Presiden PKR Anwar Ibrahim telah memberikan watikah kepada Izuan untuk mempertahankan DUN Kota Damansara bagi gabungan perpaduan.