Jenama fesyen Ivanka Trump ‘dibungkus’ ekoran tekanan politik

Jenama fesyen Ivanka Trump ‘dibungkus’ ekoran tekanan politik

Ivanka mahu menumpu kepada tugas politik dan menjadi penasihat kepada bapanya, Donald Trump.

Ivanka Trump menutup perniagaan fesyen yang dinamakan sempena namanya selepas mendapat tekanan politik.

Jenama Ivanka Trump dikatakan menerima protes dan kritikan kerana dikhuatiri akan menyebabkan konflik kepentingan dan menyebabkan pelanggaran etika ekoran reaksi politik masyarakat.

“Selepas 17 bulan di Washington, saya tidak tahu sama ada saya akan kembali ke perniagaan ini atau tidak. Tetapi buat masa ini saya akan menumpukan kepada perkara yang berkaitan dengan tugas saya di Washington.”

“Kami (jenama Ivanka Trump) tidak akan meneruskan misi kami dan krew kami akan menjalani kehidupan baharu mereka selepas ini,” jelasnya.

Kini Ivanka membantu ayahnya di Rumah Putih menemani dan mewakili bapanya, Donald Trump bertemu ketua-ketua negara.

Dia juga mempunyai jadual ketat mengembara ke seluruh Amerika, menimbulkan spekulasi, anak perempuan sulung Trump ini mempunyai cita-cita politik.

Menurut rekod, jualan produk fesyen jenama Ivanka merosot pada 2016 selepas Trump memenangi pilihan raya.

Jualannya terus menurun selepas Trump berkhidmat sebagai Presiden.

Jenama tersebut turut diharamkan atau dilarang oleh peruncit tertentu.

Ekoran itu, Ivanka meninggalkan syarikat tersebut pada 2017 untuk menjadi penasihat kepada bapanya, tetapi dia tidak meninggalkan nama jenamanya itu.

Tetapi ekoran tekanan bertubi-tubi akhirnya wanita itu menutup segala operasi dan jenama tersebut dari pasaran.

Isteri Jared Kushner itu juga dikatakan tidak mendapat sebarang bayaran bagi menjalankan tugasnya di Rumah Putih.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.