Netizen kecam Syed Saddiq tak amal politik matang

Netizen kecam Syed Saddiq tak amal politik matang

Syed Saddiq menyampaikan ucapan tahniahnya kepada Ketua Pemuda Umno yang baru dipilih dengan meletakkan usia Datuk Asyraf Wajdi Dasuki iaitu 42 tahun dalam kurungan.

Kelantangan Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang sentiasa melaung-laungkan prinsip politik matang, dikatakan sedikit tergelincir dari landasan yang ditetapkannya sendiri.

Ini kerana dalam Syed Saddiq menerusi laman Twitternya menyampaikan ucapan tahniahnya kepada Ketua Pemuda Umno yang baru dipilih dengan meletakkan usia Datuk Asyraf Wajdi Dasuki iaitu 42 tahun dalam kurungan.

Perkara itu menyebabkan netizen menyimpul Syed Saddiq sebagai tidak matang atau tidak professional kerana tiada keperluan menggunakan elemen usia dalam ucapannya itu.

Turut terkena tempias daripada sindiran itu ialah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Muhamad.

Dalam rangkaian Tweet yang sama, netizen turut mempersoal usia perdana menteri yang menjadi pemimpin tertua di dunia.

Bagaimanapun, Asyraf dikatakan bertindak lebih matang apabila sekadar membalas Tweet tersebut dengan berkata, “Terima kasih wahai adikku (Thank you my brother)”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.