Najib menyanyi, menari di rumah terbuka Aidilfitri

Najib menyanyi, menari di rumah terbuka Aidilfitri

Klip video berdurasi 3.47 minit itu menunjukkan Najib yang menyanyi lagu "The Young Ones" sambil menari dikerumuni orang ramai dipercayai penyokongnya.

Satu klip video menunjukkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menyanyi dalam sebuah majlis rumah terbuka di Kuala Lumpur viral di laman sosial.

Klip video berdurasi 3.47 minit itu menunjukkan Najib yang menyanyi lagu “The Young Ones” sambil menari dikerumuni orang ramai dipercayai penyokongnya.

Ia dipercayai majlis rumah terbuka yang diadakan selepas beliau pulang bercuti dari Pulau Langkawi baru-baru ini.

Video itu menerima pelbagai reaksi bercampur daripada netizen, ada yang terkejut melihat Najib bersuka ria walaupun beliau terlibat dalam pelbagai penyiasatan.

Segelintir lagi bersikap neutral dengan menyatakan tidak salah bagi mereka bergembira pada sambutan hari Raya dan tidak melihatnya sebagai satu kesalahan.

Video tersebut dikongsi dalam pelbagai akuan media sosial dipercayai ditonton beribu kali. Bagaimanapun ia tidak disertai isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ini kerana kita semua tahu betapa Rosmah gemar menyanyi dan tidak pernah melepaskan peluang tetapi tidak berbuat demikian pada majlis itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.