
Anda punyai tabiat tidur di meja pejabat mahupun rumah dengan berbantalkan lengan tangan?
Jika ya, anda mungkin pernah berhadapan masalah lengan tangan kebas seketika dan adakah juga menjadi kebiasaan bagi sesetengah orang?
Jika ya, jangan ambil mudah perkara ini kerana seorang wanita dari China, langsung tidak menyangka perbuatan tidur berbantalkan lengan menyebabkan tangan kiriya kebas sehingga terpaksa dibedah untuk tujuan pemulihan.
Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Zhang menggamalkan tabiat itu sepanjang waktu makan tengah hari di meja pejabatnya.
Pada hari kejadian, tangan kirinya kebas untuk tempoh masa yang cukup lama sehingga ia tidak boleh digunakan langsung.
“Kekebasan itu menyebabkan tangan kirinya tidak berfungsi, dia tak boleh memegang atau mengangkat tangan itu.
“Susulan itu Zhang berjumpa doktor dan mendapati perlu menjalani pembedahan kerana terdapat tekanan pada saraf radial tangan kiri disebabkan amalan tidur berbantalkan lengan,” lapor agensi tempatan China.
Selain memberi kesan buruk kepada lengan, perbuatan tidur di atas meja juga tidak sihat kerana memberi tekanan kepada mata, mengehadkan aliran darah ke otak serta mempengaruhi sistem pencernaan.