Suka makan kaki ayam, ini akibatnya

Suka makan kaki ayam, ini akibatnya

Kaki ayam merupakan bahagian ayam yang kaya dengan nutrisi dan baik untuk kesihatan, khususnya kolagen.

Berapa ramai yang sukakan makanan kaki ayam? Walaupun kelihatan jijik, kaki ayam tetap menjadi antara bahagian haiwan domestik yang mempunyai permintaan tinggi khususnya dalam dunia kulinari di Asia seperti Cina, Indonesia, Korea Selatan, FIlipina, Thailand dan Malaysia.

Sebenarnya kaki ayam merupakan bahagian ayam yang kaya dengan nutrisi dan baik untuk kesihatan, khususnya kolagen. Jadi mungkin selepas ini mereka yang tidak pernah mencubanya, boleh sertakan ia sebagai sebahagian daripada diet.

Penyelidik Sains Haiwan di Unversiti Kebanggsaan Chung-Hsing di Taiwan mendapati kaki ayam kaya dengan kolagen, yang mana penting dalam kesihatan kulit dan awet muda.

Manakala menurut Perpustakaan Perubatan Nasional pula, kolagen sarat dengan protein, kiraan menunjukkan menepati hampir suku keperluan keseluruhan protein. Ia membekalkan kekuatan tulang, ligamen, otot dan mempercepatkan penyembuhan luka.

Kolagen bukan satu-satunya nutrisi yang ada dalam kaki ayam, sebaliknya ia juga kaya dengan asid hyaluronik dan kondroitin sulfat. Asid hyaluronik penting dalam mengekalkan kelembapan kulit yang mana elemen penting dalam mengekalkan awet muda.

Manakala kondroitin sulfat pula merupakan karbohidrat kompleks yang membantu mengekalkan air dalam tulang rawan sekali gus memainkan peranan dalam pemulihan osteoarthritis dan masalah berkaitan sendi.

Seorang pakar vertinari, Dr. Harry Robertson juga melaporkan kajian beliau mengenai nutrisi kaki ayam yang berpotensi untuk menjana semula neuron, tulang, otot dan tisu. Keputusan kajiannya juga menemui properti pemyembuhan luka yang dikenali sebagai Revital yang pernah ditarik balik dari pasaran perubatan atas sebab pencemaran bakteria.

Selain itu, nutrisi yang terkandung dalam kaki ayam baik untuk sistem pencernaan di mana ia membantu melembutkan usus dan membuatkan sistem pencernaan menjadi lebih baik.

Kaki ayam yang dimasak pula dikatakan menghasilkan asid amino, kolagen, glisin, hidroksipolin dan prolin yang baik untuk kesihatan kuku. Cecair atau gel khas iaitu gelatin daripada kaki ayam membuatkan kuku kita sihat dan terjaga.

Kaki ayam juga mempunyai nutrisi yang menyihatkan dan memperbaiki keadaan kesihatan gusi.

Bagi mereka yang mempunyai masalah keseimbangan hormon, anda boleh pertimbangkan kaki ayam dalam diet makanan. Asid amino dari kaki ayam dikenali arginin dan ia membantu tubuh dalam melepaskan hormon yang menyebabkan tekanan. Bahkan arginina juga penting untuk menghasilkan hormon pembiakan baik untuk lelaki dan wanita.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.