Rumah peringatan hadiah Ratu Elizabeth kepada Putera Harry, isteri

Rumah peringatan hadiah Ratu Elizabeth kepada Putera Harry, isteri

Banyak laporan mendedahkan rumah tersebut sedikit 'keras' walaupun belum ada rekod hitam putih dedahkan sebarang aktiviti paranormal.

Berita mengenai kediaman bakal didiami pasangan Putera Harry dan Meghan Markle menjadi tajuk berita selepas rumah agam itu dikatakan mempunyai pelbagai elemen sejarah, misteri dan unik.

Menurut laporan, Ratu Elizabeth menghadiahkan York Cottage di Sandringham Estate untuk kedua-dua pasangan itu memulakan hidup namun, ia bukanlah sebarangan kediaman.

Walaupun besar dan menawan, rumah agam itu sebenarnya peninggalan turun-temurun yang menjadi rumah percutian dalam kalangan kerabat diraja.

Banyak laporan mendedahkan rumah tersebut sedikit ”keras” walaupun belum ada rekod hitam putih mendedahkan sebarang aktiviti paranormal.

Sedikit mengenai sejarah rumah di Norfolk yang terletak dekat Anmer Hall, ia merupakan kediaman Putera Albert Victor, yang dikenali sebagai Putera Eddy pada awal tahun 1890-an.

Bagaimanapun selepas meninggal dunia pada hari jadi ke- 28 akibat selsema rumah itu terus ditinggalkan kosong, bagi menghormati keluarga Putera Eddy.

Kediaman itu tidak banyak diubah, bilik tidur Eddy sendiri dibiarkan dalam keadaan asal termasuk jag air bersebelahan katilnya. Hanya air di dalam jag tersebut dan sabun yang ditukar.

York Cottage dikatakan terus dipulihara dengan mengekalkan elemen asal tanpa banyak pengubahsuaian.

Ini menyebabkan rumah tersebut hanya dikunjungi dan diduduki oleh orang bujang belum berkahwin, lalu dikenali sebagai Rumah Bujang.

Kini ada ura-ura mengatakan Ratu Elizabeth sudah atau dalam perancangan menghadiahkan rumah itu kepada Putera Harry dan isteri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.