Gambar Dr M pakai selipar Bata RM11.99 curi tumpuan

Gambar Dr M pakai selipar Bata RM11.99 curi tumpuan

Netizen yang tersentuh dengan kesederhanaan Dr Mahathir turut membandingkan beliau dengan kemewahan pemimpin terdahulu yang obses dengan jenama mewah.

Ketika negara dikejutkan dengan berita rampasan ratusan beg berjenama bernilai tinggi dan beberapa bagasi yang berisi aksesori serta wang tunai hasil serbuan di kediaman bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, lain pula ceritanya dengan kepimpinan semasa.

Seorang pengguna Instagram, @azranshah memuat naik gambar Tun Dr Mahathir Mohamad, 92 yang duduk di atas kerusi sambil memeriksa telefon bimbitnya di majlis makan malam Penubuhan Kepimpinan Perdana baru-baru ini.

Namun apa yang menjadi tarikan ialah sepasang selipar jenama Bata dilihat ditanggalkan bersebelahan beliau dipercayai miliknya.

Menariknya, hasil carian di laman web Bata menunjukkan selipar tersebut hanya berharga RM12 atau lebih tepat RM11.99.

Ekoran itu, gambar tersebut terus dikongsi lebih 2000 kali dengan ribuan komen oleh netizen.

Syarikat kasut tersebut, Bata juga tidak ketinggalan menggunakan peluang tersebut untuk membuat pemasaran dengan mengajak rakyat Malaysia memiliki sepasang kasut sama sempena Ramadan yang kini dijenamakan semula dengan nama Sandak.

Ramai menunjukkan sokongan mereka kepada Dr Mahathir atas kesederhanaan beliau dan membezakan dengan pemimpin lain.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.