‘Tertawan hati’ di hari mengundi, wanita cari ‘pencuri hati’ di balai polis

‘Tertawan hati’ di hari mengundi, wanita cari ‘pencuri hati’ di balai polis

Matilda NY akui terpegun melihat layanan polis terhadap kes-kes kecil termasuk kes seorang warga emas yang membuat laporan kehilangan kunci rumah.

Selepas meviralkan anggota polis kacak yang memberi layanan baik ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) minggu lalu, pengguna Facebook bernama Matilda NY turut berkongsi pengalamannya melawat dan bertemu pegawai polis itu di balai beliau bertugas.

Anggota polis, Lans Koperal Abang Syukrizul Hafiz Abang Abdillah dari Balai Polis Bukit Indah, Johor yang berketerampilan segak dikatakan tidak lekang dengan senyuman sepanjang bertugas di SMK Bukit Indah, Johor Bahru sepanjang PRU14.

Selepas didedahkan dengan identiti “Pencuri Hati”, label yang digunakan oleh Matilda dalam menjelaskan anggota itu di Facebooknya, wanita itu dipercayai melawat balai polis berkenaan dan terpegun dengan layanan serta keadaan balai tersebut.

“Saya melawat Balai Polis Pencuri Hati, nervous la juga kan tapi kita tawakkal je la. Saya perkenalkan diri saya, tak lama lepas tu Boss Pencuri Hati, ASP Gopal keluar. Layanan yang diberikan oleh ASP Gopal dan anak-anak buahnya kepada saya amat baik dan positif,” tulisnya dalam posting terkini laman sosialnya.

Matilda juga akui terpegun melihat layanan polis terhadap kes-kes kecil termasuk ketika lawatannya, seorang warga emas yang membuat laporan kehilangan kunci rumah.

“Saya seperti ‘wow’ dari sekecil-kecil kes pun polis layan.”

Bukan itu sahaja, katanya balai polis berkenaan juga dijaga rapi dan dihiasi kemas.

“Dan saya tengok balai polis pun cantik je, rajin diorang deko sendiri and wangi je, termasuk tandas (diorang buat sendiri semua ye. memang elok sangat ni),” tulisnya lagi.

Bagaimanapun, Matilda tidak menceritakan lanjut pengalaman bertemu anggota polis terbabit, Abang Syukrizul.

Dia hanya memberitahu segalanya berjalan baik dan meminta orang ramai memberi ruang kepada beliau selain mengajak semua fokus kepada sambutan seterusnya, iaitu berpuasa dan berhari raya.

Selepas perkongsian pengalaman Matilda bersama polis di stesen mengundi, Polis Diraja Malaysia memberi respon mengucapkan terima kasih kerana entri tersebut dianggap satu pujian buat perkhidmatan yang diberikan oleh anggota mereka.

“Terima kasih saudari Matilda sudi memberi ‘posting’ penghargaan kepada petugas #PRU14, Lans Koperal Abang Syukrizul Hafiz Abang Abdillah dari Balai Polis Bukit Indah, Johor yang berketerampilan segak dan tidak lekang dengan senyuman walaupun sedang bertugas.

“Kami begitu hargai ucapan dan kata-kata positif yang diberikan anda kepada warga kerja kami,” tulis status itu.

Link: Mattilda NY

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.