Pelajar tanggal pakaian selepas ditegur pensyarah

Pelajar tanggal pakaian selepas ditegur pensyarah

Profesor dari Cornell University, New York mendakwa Letitia Chai berseluar 'terlalu pendek' dan sengaja menarik perhatian.

Selepas ditegur pensyarah kerana caranya berpakaian, seorang pelajar Cornell University di New York, Amerika Syarikat membentang tesis dengan hanya berseluar dan berbaju dalam.

Pelajar tersebut, Letitia Chai awalnya memakai baju biru dan seluar jeans pendek yang dipersoal oleh profesornya.

“Perkara pertama yang ditanya ialah ‘apa yang kamu pakai’?'” kata Chai.

“Saya sangat terkejut dan tidak tahu bagaimana untuk bertindak balas.”

Profesor tersebut, Rebekah Maggor mendakwa Chai berseluar “terlalu pendek”, sengaja untuk menarik perhatian.

Walaupun sesi pembelajaran tidak memaksa pelajar terikat dengan kod pakaian, namun bagi sesi persembahan tesis, mereka bagaimanapun diperlukan “berpakaian sewajarnya”.

Maknanya, universiti itu mengharapkan pelajar berpakaian seperti ke temuduga kerja ketika sesi membentangkan tesis bagi menunjukkan profesionalisme mereka.

“Saya cuma meminta mereka supaya membuat keputusan terhadap diri dan pakaian sendiri supaya lebih profesional,” kata profesor.

Namun apa yang berlaku, pelajar tersebut menanggalkan pakaian di tengah-tengah pembentangan dan meneruskannya sehingga tamat.

Pembentangan itu pula dirakam dalam Facebook Live dan dipercayai ditonton ibu bapa Chai.

Chai keluar dari bilik itu cuba dipujuk oleh rakan-rakan berkata dia bukan mahu menarik perhatian sebaliknya mengingatkan profesornya, Maggor, dia hanya mahu menarik perhatian lelaki di kelasnya menerusi kandungan pembentangan dan bukan pakaiannya.

Chai juga tampil dengan “shout-out” Twitter meminta rakan-rakan yang menyokongnya dengan mamakai seluar dalam kegemaran mereka pada Sabtu.

https://www.youtube.com/watch?v=32BcNwZNKm8

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.