
Penyanyi terkenal, Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Mat Zara’ai bakal mencipta lagu meraikan rakyat Malaysia sebagai menepati permintaan seorang pengikutnya di Twitter.

Pengguna @azlancepticon menulis, “Hi Yuna. Please write a new song for Malaysian. We need a celebration song (Hi Yuna, tolong tulis lagu baharu untuk rakyat Malaysia. Kami perlukan lagu kemenangan),” tulisnya dengan memetik nama Yuna.
Menariknya Yuna membalas Tweet tersebut dengan menulis, “I’m on it,” sekaligus mengiyakan permintaan tersebut.
Tweet tersebut dikicau semula lebih 18,000 kali dan disukai lebih 16,000 kali.
Ramai yang sudah mula menyambut persetujuan Yuna untuk mencipta lagu baharu dengan menyampaikan rasa terima kasih, tahniah dan keghairahan bagi lagu akan datang.
Pengguna @moheybat 6h6 misalnya berkata, “Pergh dengan suara lunak santai Yuna ni, eh klo combo ngan Faizal Tahir memang mencurah-curah air mata aku klo siap lagu ni nnti kang…”
Manakala @hamadhafizz, menulis, “Please ala ala lagu world cup..hahaha”.
Manakala @nurguidance pula meminta Yuna supaya bergabung suara dengan Zee Avi untuk lagu yang lebih hebat.
Memandangkan Yuna sendiri bersetuju untuk tampil dengan lagu untuk rakyat Malaysia, nampaknya ia memang akan berlaku.
Kita tunggu sahaja Yuna lancar lagu itu, tidak kiralah menggunakan platform rasmi atau tidak rasmi seperti laman sosial.
Apa yang penting ia menepati keperluan dan citarasa rakyat Malaysia.