Singapura tak puas hati Ikea beri pekerja Malaysia cuti balik undi

Singapura tak puas hati Ikea beri pekerja Malaysia cuti balik undi

Ketidakpuasan itu menjadi lebih serius apabila ada yang membuat aduan kepada perdana menteri dan menteri tenaga manusia negara itu terhadap diskriminasi positif Ikea.

Ikea Singapura meluluskan cuti bergaji kepada 80 kakitangan warga negara Malaysia untuk menunaikan tanggungjawab mengundi pada pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei ini.

Baguslah, sekurang-kurangnya ketika rakyat Malaysia di luar negara yang lain masih mencari jalan, Ikea Singapura pula memberi peluang kakitangannya mengundi tanpa perlu mengambil cuti tahunan atau tambahan.

Bagaimanapun, berita itu tidak memuaskan hati segelintir rakyat Singapura yang merasakan tindakan itu tidak adil.

Menurut laporan Coconut.sg, perbincangan dalam sebuah forum popular negara itu, harwarezone.com. mendapati kebanyakan netizen menyampaikan ketidakpuasan terhadap keputusan Ikea Singapura itu.

“Forum itu mencecah lebih 51 muka surat dan terus bertambah,” petik laporan itu.

Ketidakpuasan itu menjadi serius apabila ada yang menggesa supaya aduan dibuat kepada perdana menteri dan menteri tenaga manusia negara itu terhadap diskriminasi positif Ikea.

Mereka mendakwa dengan berbuat demikian (memberi cuti bergaji serentak kepada 80 kakitangan Malaysia), ia menekan dan membebankan kakitangan warga negara itu (Singapura) untuk bekerja lebih.

“Lagipun mengundi bukanlah wajib di Malaysia dan jelas ia bersifat politikal,” petik perkongsian dalam forum itu.

Menurut berita Channel News Asia dan Today, Ikea adalah satu-satunya syarikat swasta yang menawarkan cuti bergaji, yang disifatkan sebagai “masuk campur urusan politik negara orang.”

Syarikat swasta lain yang dihubungi akui hanya membenarkan kakitangan Malaysia mengambil cuti sendiri, berbeza dengan Ikea, sebuah syarikat Sweden yang terkenal dengan pendirian demokrasi sosialist.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.