
Pelakon dan ahli gusti terkenal, Dwayne ”The Rock” Johnson sekali lagi menawan hati penonton Malaysia selepas ucapan khas dalam bahasa Melayu iaitu, “Apa khabar Malaysia?”
Video ucapan 1 minit itu yang dimuatnaik menerusi laman Facebook miliknya pada Rabu (11 April) bertujuan menguar-uarkan filem terbarunya yang bakal ditayangkan di skrin besar, Rampage.
Menariknya, dia juga akui sedar betapa rakyat Malaysia menyokong filemnya apabila 3 filem dengan kutipan paling tinggi sehingga kini adalah filem lakonannya.
“Saya sangat teruja membawa Rampage kepada anda. Ia akan ditayangkan bermula Khamis ini di seluruh Malaysia.
“Terima kasih atas cinta anda yang sangat kuat kepada saya. Saya juga mendapat tahu filem nombor 1, nombor 2 dan nombor 3 sepanjang masa di Malaysia, ke-3, Fast and Furious 8, ke-2, Fast and Furious 7 dan nombor 1 sehingga kini, Jumanji adalah filem lakonan saya. Saya cintakan anda semua.
“Jika anda menyukai Jumanji, saya pasti anda menyukai Rampage,” katanya.
Sebelum ini, The Rock pernah memuatnaik video khas untuk penonton Malaysia mengucapkan terima kasih atas kejayaan filem Jumanji.