Gelek menantu Datuk K, Izara Aishah pukau hadirin

Gelek menantu Datuk K, Izara Aishah pukau hadirin

Gerak tari yang rancak dan serasi dengan penari latar membuatkan semua hadirin majlis pertunjukan fesyen terlopong seketika.

Free Malaysia Today
Gambar Facebook Make-Up Artist Eva Shahrul.

Bagaikan berada di set penggambaran filem Bollywood, atau kenduri kahwin keluarga India, begitu riuh dan rancaknya acara pertunjukan fesyen “Rizalman for Zalora” semalam.

Lebih memukau ialah penyertaan Izara Aishah, anak menantu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan Datuk Siti Nurhaliza yang tampil dengan persembahan tarian yang boleh dikatakan setaraf pelakon Bollywood.

Video Izara selaku “muse” koleksi pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim sempena Aidilfitri 2018 tular di laman sosial sehingga netizen juga tertarik dengan kemampuannya serta bakat tari beliau.

https://www.youtube.com/watch?v=Vn6SW89NIXQ

Pada satu temuramah dengan portal MStar Online, beliau menyatakan berlatih 3 minggu bagi menyempurnakan tarian itu.

Turut membuat penampilan khas ialah Datuk Rizalman yang tidak ketinggalan tampil dalam persalinan sharwani serba hitam, berjanggut, lengkap dengan aksesori dan bertongkat bagi menyerlahkan lagi elemen Bollywood.

Rizalman juga dikalungkan bunga malai yang besar, tanda budaya menghormati orang yang diraikan dalam kalangan India.

Penari termasuk Izara dipakaikan baju dan skirt lengha berwarna hitam dengan motif rekaan tradisional India, berambut panjang, berbunga melur, stiker di dahi dan aksesori di kepala.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.